Kejayaan Malaysia tangani Covid diiktiraf dunia

- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Kerajaan Kelantan merakam ucapan tahniah kepada Kerajaan Malaysia kerana berjaya menangani penularan wabak Covid-19 dengan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, kejayaan Malaysia diakui di peringkat dunia.

- Advertisement -

“Malah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang Covid-19,” katanya selepas penyerahan 10 mesin jahit berkuasa tinggi kepada Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Mesin jahit yang bernilai RM21,000 disumbangkan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Kelantan (BBSMK) untuk keperluan menjahit PPE.

Wan Roslan turut menyampaikan sumbangan kewangan untuk menampung keperluan peralatan menjahit PPE. Turut sama menyumbang Rotary Club Kota Bharu.

Turut hadir Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob dan Timbalan Pengerusi BBSMK Dr Seri Buana Zainudin.

Mat Yaacob pula berkata, set PPE dijahit 40 banduan di penjara berkenaan sejak 18 Mac lalu bagi membantu petugas barisan hadapan.- HARAKAHDAILY 17/4/2020

- Advertisement -