YB Razman pantau kebajikan mahasiswa USAS

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Kerajaan Negeri Perak turut memastikan kebajikan para mahasiswa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sentiasa dipenuhi dan dalam perhatian yang sewajarnya.

- Advertisement -

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, mahasiswa juga antara golongan yang perlu dipastikan kebajikannya oleh pihak kerajaan.

Beliau berkata sedemikian ketika lawatan yang diadakan ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini baru-baru ini bagi memantau keadaan mahasiswa berikutan arahan menangani pandemik COVID-19 ini.

“Kita dapat maklumat di USAS (ini) ada pelajar yang sedang melaksanakan PKP di kampus, jadi kita datang (pantau) untuk melihat (kebajikan) mereka,” jelas Razman ketika ditemuramah HarakahDaily.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan mahasiswa yang berada di kampus mahupun rumah sewa wajar diberi perhatian kerana sumber kewangan mereka terhad dan boleh habis bila-bila masa sahaja.

“Alhamdulillah lawatan ini membuktikan bahawa kebajikan lebih 1,000 pelajar di sini adalah terjaga. Mereka diberi makan tiga kali sehari bersama pelbagai peralatan keperluan yang lain,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak turut beramah mesra bersama Naib Canselor USAS, Tan Sri Dato’ Dr Nordin Kardi bagi perhalusi semula struktur kerjasama (MoU) khususnya dalam aspek pendidikan bersama kerajaan baharu.

Hasil lawatan diadakan itu, Tan Sri Dato’ Dr Nordin menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Razman atas masa dan bantuan yang telah diberikan kepada pihaknya. – HARAKAHDAILY 16/4/2020

- Advertisement -