Muslimat: Sumbangan PPE buat ‘frontliner’ HKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah mengedarkan kelengkapan peralatan perlindungan peribadi (PPE) buat para petugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

- Advertisement -

Ianya khusus bagi memenuhi keperluan para petugas barisan hadapan negara di premis kesihatan ini khususnya dalam mengurus kes-kes pandemik COVID-19, sekali gus sebagai tanda solidariti dan sokongan.

Antara kelengkapan diedarkan ialah 60 set pakaian perlindungan untuk kegunaan para petugas perubatan di Wad 25 yang menempatkan khusus pesakit COVID-19 dan diterima Pegawai Perubatan, Dr Mashkur Muhamad.

Selain itu, sejumlah 14 set gown dan 10 boot cover turut diedarkan ke Jabatan Kecemasan hospital tersebut yang diterima oleh Pegawai Perubatan, Dr Haryanti Ramli.

Turut serta semasa edaran ini ialah Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr. Rosni Adam dengan terdahulu, Ustazah Nuridah telah menyampaikan 1,500 unit PPE ke beberapa hospital pada 8 April lalu. – HARAKAHDAILY 16/4/2020

- Advertisement -