COVID-19: 119 discaj, 110 kes baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Sebanyak 119 kes yang terlibat dengan COVID-19 telah pulih dan discaj pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

- Advertisement -

Bercakap semasa sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini sebentar tadi, Dr Noor Hisham berkata ini menunjukkan bilangan kes yang telah discaj hari ini melebihi daripada kes positif yang telah dilaporkan.

Manakala katanya kes positif yang dilaporkan pada hari ini adalah sebanyak 110 kes, dan menjadikan keseluruhan bilangan kumulatif kes sebanyak 5182 kes di negara ini.

Selain itu katanya, sebanyak 2332 kes aktif masih dirawat dan jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 56 orang dan 29 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan terdapat 1 kes kematian dan menjadikan keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 84 kes.- HARAKAHDAILY 16/4/2020

- Advertisement -