PKP: Pastikan tiada yang tercicir bantuan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memastikan tiada rakyat susah di negeri ini tercicir daripada menerima bantuan ekoran terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

- Advertisement -

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad berkata, ketua-ketua jajahan perlu memastikan tidak ada penduduk yang susah tertinggal
mendapat bantuan.

“Sekiranya didapati mana-mana penduduk yang terkesan kerana tidak dapat bantuan boleh maklumkan untuk diambil tindakan lanjut di peringkat jajahan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) di Mabna MBI Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Rehda dan Rehda Care Kelantan menyerah sumbangan sebanyak RM50,000 kepada kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran PKP sekarang.

Rehda turut menyerah 10,000 face mask dan 1,000 kelengkapan pelindung diri (PPE) kepada Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin untuk diagihkan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Sumbangan berkenaan diserah Timbalan Rehda Cawangan Kelantan Dato’ Samsuri Awang Mat.

Nazran juga berkata, sumbangan Rehda akan diagihkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pejabat Tanah dan Jajahan. – HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -