PKP: Muslimat dan Muslim Care bantu warga terjejas

- Advertisement -

BATU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan telah menyantuni seramai 30 keluarga di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Inisiatif dengan usaha sama Muslim Care Malaysia, sebuah NGO yang aktif menjalankan misi-misi kemanusiaan itu telah menyampaikan bantuan keperluan asas kepada setiap keluarga dikunjungi.

Kebanyakan penerima terdiri daripada mereka yang terjejas sumber pendapatan ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Sumbangan makanan berupa beras, gula dan keperluan lain itu disampaikan oleh Pengerusi LKK Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din serta wakil dari Muslim Care, Zuriati Ya’akob dan Nur Suryana Mohd Sutarzi.

“Kami komited membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama, lebih-lebih lagi dalam waktu sukar ini.

“Pemberian sumbangan akan diteruskan lagi secara berperingkat kerana masih ramai yang terjejas pendapatannya sepanjang PKP ini,” ujar Zurina semasa turun padang memberi sumbangan.

Sebarang sumbangan daripada para dermawan sangat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akaun Maybank Dewan Muslimat PAS Pusat 5640 2540 0711. – HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -