Malaysia terima pulangan wang 1MDB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima pulangan wang sebanyak USD300 juta (RM1.3 billion) dari kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan dana yang diperolehi semula daripada penyitaan, pelucutan hak serta pencairan aset berkaitan Syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

- Advertisement -

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan wang tersebut dimaklumkan, diserah secara sukarela kepada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Tengku Zafrul melalui kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat dan DOJ atas usaha mereka memperoleh semula aset-aset tersebut yang merupakan hak rakyat Malasyia.

Katanya, usaha untuk memperoleh semula aset 1MDB masih berterusan dan Kementerian Kewangan (MoF) akan terus memberikan kerjasama penuh kepada entiti penyiasat domestik dan antarabangsa dalam memastikan keberhasilan positif yang sama dariapda usaha-usaha ini pada masa hadapan.

Setakat ini Malaysia sudah pun menerima sejumlah USD 620 juta yang merangkumi dari penyelesaian bersama Red Granite Pictures sebanyak USD 57 juta, hasil jualan kepentingan Jho Low dalam Hotel Park Lane sebanyak USD 137 juta, hasil daripada jualan kapal mewah Equanimity sebanyak USD 126 juta, serta USD 300 juta yang telah dikreditkan pada April. – HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -