Koperasi UMK tawar jualan harga patut

- Advertisement -

BACHOK: Usaha Koperasi UMK Berhad menawarkan jualan harga patut barangan asas mendapat sambutan memberangsangkan selepas tujuh hari dilancarkan.

- Advertisement -

Pengerusinya, Prof Madya Dr Mohammad Ismail berkata, promosi jualan harga patut diadakan bagi membantu orang ramai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sekarang.

Katanya, promosi yang dilancarkan COOP Mart Koperasi UMK Berhad itu bermula 7 hingga 14 April lepas terbuka kepada semua staf dan penduduk tempatan sekitar Bachok.

“Alhamdullilah sejak hari pertama dilancarkan kami mendapat pesanan tempahan yang tinggi daripada pelanggan terutamanya pesanan di atas talian.

“Tempahan atas talian menjadi pilihan pengguna kerana ramai yang mahu mengurangkan pergerakan kerana PKP yang dikuatkuasakan kerajaan. COOP Mart juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dalam tempoh promosi tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurutnya juga Koperasi UMK Berhad turut menyediakan perkhidmatan pengagihan termasuk penghantaran kepada mereka yang berminat untuk membuat sumbangan khidmat masyarakat (CSR). – HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -