Bantu sukarelawan Malaysia terkandas di Chad

- Advertisement -

ALOR SETAR: Nasib lima sukarelawan Yayasan Amal Malaysia yang terkandas di Chad, Afrika agak cerah untuk kembali ke tanahair.

- Advertisement -

Bagaimanapun mereka terpaksa pula menghadapi cabaran baru apabila kos perjalanan pulang terlalu tinggi.

“Setakat ini mereka berjaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Abuja, Nigeria dan mendapat laluan untuk pulang ke tanahair melalui Nigeria, namun kos untuk penerbangan pulang dianggarkan kira-kira USD60,000,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah Ustaz Musodak Ahmad.

Difahamkan penerbangan itu dijangka akan turut disertai rakyat Malaysia di Nigeria dan pelajar serta rakyat Malaysia di Khortoum.

Terdapat beberapa pihak yang membantu mereka untuk membayar kos penerbangan, namun setakat ini ia masih belum mencukupi.

“Dengan itu PAS Kedah atas dasar keprihatinan terhadap sukarelawan tersebut, merayu semua pihak agar dapat menghulur sumbangan bagi membantu mereka pulang ke tanahair,” ujarnya.

Menurut Musodak, mereka mempunyai tempoh masa 5 hari sahaja sebelum kerajaan Nigeria menutup penerbangan ke luar negara berikutan pandemic Covid-19 yang melanda dunia.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui Tabung Kebajikan PAS Kedah. Nombor Akaun BIMB 0201 1010 0711 71. Atau sila berhubung dengan Puan Nurul (013-4378647), Rosli Azmi (011-10706247).HARAKAHDAILY 15/4/2020

- Advertisement -