PKP: PAS prihatin keperluan penduduk rumah panjang

- Advertisement -

BINTULU: Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak bersama PAS Kawasan Bintulu telah mengadakan kutipan dana dan menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk rumah panjang di Tatau, di sini semalam.

- Advertisement -

Sumbangan meliputi keperluan barangan dapur dan harian yang dihantar menerusi khidmat Jabatan Amal Malaysia Bintulu itu sebagai memenuhi keperluan penduduk ekoran terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semua sumbangan itu telah diserahkan oleh Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Sarawak, Achau Mujah yang juga merupakan Tuai Rumah kepada 50 keluarga mendiami di situ dan juga sekitarnya.

Menurut Achau, biarpun penduduk terjejas dengan arahan pihak berkuasa itu, namun tetap menyeru agar mereka patuh demi memastikan keselamatan diri daripada risiko jangkitan pandemik COVID-19.

Para dermawan yang prihatin untuk turut sama menyumbang kepada usaha seperti ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 11013010073531 atas nama Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak. – HARAKAHDAILY 14/4/2020

- Advertisement -