PKP: Khidmat Malaysia santuni lebih 100k keluarga

pkp
- Advertisement -

PUSAT Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) telah melaksanakan beberapa tindakan untuk membantu agensi Kerajaan dan masyarakat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 

Sehingga 12 April 2020, melalui Khidmat Malaysia yang bergerak di peringkat Negeri dan Kawasan atau Parlimen, Khidmat Malaysia telah berjaya menyantuni seramai 107,439 keluarga dengan pelbagai sumbangan keperluan makanan harian. Sebahagian daripada penerima telah diberikan saguhati kewangan berjumlah keseluruhannya sebanyak RM54,170 telah diagihkan.

Menyedari juga bahawa frontliner di hospital dan klinik kesihatan yang berhadapan dengan kekurangan peralatan keselamatan, melalui kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) setakat ini sebanyak 29,972 unit face shield, 9,140 unit medical glove, 2,508 unit isolation gown dan pelbagai lagi barangan yang telah diserahkan kepada pihak hospital dan klinik kesihatan di seluruh negara.

- Advertisement -

Sejumlah 17,175 unit food pack telah diedarkan kepada pelbagai pihak khususnya pihak frontliner dan pihak keselamatan.

Dalam masa yang sama, Khidmat Malaysia mengingatkan kepada para sukarelawan yang terlibat dengan aktiviti penyampaian sumbangan supaya mematuhi dan menghormati dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini khususnya PKP yang akan bermula fasa ketiga pada hari esok.

Khidmat Malaysia di peringkat Kawasan khususnya, digesa supaya mengadakan kerjasama dengan agensi Kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bekerjasama mengagihkan sumbangan bersama-sama.

Sekian, wassalam.

“Khidmat Malaysia”
“Stay At Home”

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
14 April 2020 – HARAKAHDAILY 14/4/2020

- Advertisement -