UMK cipta 5 produk bendung wabak Covid-19

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga kini Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membangunkan lima produk hasil ciptaan warganya bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Naib Canselor UMK, Prof Dato’ Ts. Dr Noor Azizi Ismail berkata, produk terbabit termasuk reka bentuk dan teknologi serta kepakaran ilmu.

Katanya UMK membuka peluang kepada warganya mengemukakan sebarang produk baharu yang dapat digunakan pasukan barisan hadapan.

- Advertisement -

“Peluang terbuka kepada inovasi produk sedia ada yang bukan sahaja bertujuan menambah baik kualiti produk tetapi juga membangunkan
lagi elemen kreativiti dalam kalangan warga UMK.

“Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) yang mengetuai pembangunan idea inovasi mengalu-alukan sebarang cadangan membangunkan mekanisme terbaik bagi menyokong keperluan semasa petugas menanggani penularan Covid-19,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, UMK bekerjasama dengan NGO untuk membantu petugas kesihatan dan agensi keselamatan.
Sehingga sekarang UMK menghasilkan 818 alat pelindung muka (3D Face Shield Visor).

Selain itu kelengkapan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang merangkumi penutup kepala (5,220 unit), sarung kaki (540 unit) dan isolation gown (1,046 unit) yang diagih kepada beberapa agensi di barisan hadapan.

Dr Noor Azizi juga berkata, UMK berjaya menghasilkan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) melalui kepakaran penyelidik Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Teknologi (FBKT) serta Fakulti Sains Bumi (FSB).

“Sehingga kini sebanyak 1,816 unit telah diagihkan kepada lebih 10 agensi di seluruh Kelantan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 12/4/2020

- Advertisement -