Kedai gunting belum dibenar buka di Kelantan – MB

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memutuskan tidak akan membenarkan premis gunting rambut dibuka di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, selagi tempoh PKP berjalan, premis gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri di Bilik Gerakan, Kota Darulnaim di sini hari ini.

Kata beliau sekiranya kerajaan negeri membenarkan kedai gunting rambut beroperasi, ia akan memberi ruang kepada Covid-19 merebak.

“Dalam keadaan Kelantan yang terbaik ini insya- Allah, kita akan menjaga sebaiknya. Setakat ini tidak (belum) ada lagi (premis gunting rambut) dibuka,” ujarnya.

“InsyaAllah kita akan maklumkan semula bila boleh beroperasi,” ujarnya.

Semalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk gunting rambut asas beroperasi secara berperingkat semasa PKP.- HARAKAHDAILY 12/4/2020

- Advertisement -