COVID-19: Dunia catat angka melepasi 100,000 kematian

angka
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 sedang menunjukkan graf peningkatan menaik yang semakin tinggi dengan angka kematian sudah melepasi 100,000 kes di 210 negara dan wilayah seluruh dunia, sehingga semalam.

- Advertisement -

Direkodkan 1,779,099 kes positif jangkitan melibatkan 108,770 kematian, sementara 402,709 pesakit berjaya pulih, dengan Amerika Syarikat masih kekal di tangga teratas diikuti Sepanyol dan Itali, setakat jam 9:00 pagi ini.

Malah, Amerika turut menerima angka kematian tertinggi dengan 20,577 kes mengatasi Itali yang mengalami 19,468 kes, manakala Sepanyol 16,606 kes, selain Perancis juga dengan korban besar iaitu 13,832 kes.

Kes positif harian di Amerika dan United Kingdom menunjukkan pertambahan besar melebihi 5,000 kes dalam 24 jam, bahkan jumlah keseluruhan 532,879 kes bagi negara Uncle Sam ketika ini jauh banyak berbanding Sepanyol iaitu 163,027 kes.

Malaysia masih di tangga ke-34 dan tertinggi mengatasi semua negara ASEAN, namun berada pada graf peningkatan kes secara mendatar berbanding Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura yang berlaku pertambahan lebih banyak.

Malah, Malaysia menunjukkan isyarat semakin pulih apabila dalam beberapa hari telah mencatat angka pulih mengatasi jumlah kes positif, dengan angka kematian cuma 1.6 peratus berbanding 44 peratus yang berjaya pulih.

Terbaharu diumumkan angka pertambahan dialami Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan kepada 4,530 kes, manakala jumlah pulih pula 1,995 kes dan kematian 73 kes setakat data rasmi 12:00 tengahari semalam. – HARAKAHDAILY 12/4/2020

- Advertisement -