Tanpa media pematuhan PKP tidak terkawal

Dato' Siti Zailah (kiri) melihat baju PPE yang siap dijahit untuk kegunaan pihak KKM.
- Advertisement -

TUMPAT: Petugas media antara barisan hadapan yang sewajarnya dikenang jasa mereka khususnya ketika membuat liputan berkaitan Covid-19.

Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, peranan mereka sangat penting bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat tetang bahaya pandemik Covid-19.

Katanya wartawan menyampaikan hasrat kerajaan kepada masyarakat khususnya berkaitan bahayanya Covid-19 dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

- Advertisement -

“Kerana itu pengorbanan petugas media sangat penting. Mereka pun pergi ke merata tempat sanggup berpanas, berhujan demi untuk menyiarkan berita yang terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan hanya mampu memberi arahan, tetapi media yang memberitahu rakyat perkara tersebut.

“Sekiranya media tidak membawa hasrat, tidak berperanan dengan baik, mungkin keadaan tidak menjadi terkawal sebagaimana hari ini,” katanya selepas melawat pusat jahitan PPE di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) DUN Pasir Pekan semalam.

Program itu dikendalikan guru PPWK Dun Pasir Pekan, Wan Zaini Wan Mat.
Turut hadir pengurusan PPWK Dun Pasir Pekan dan wakil Adun Pasir Pekan, Ustaz Hushaimi Husian.– HARAKAHDAILY 10/4/2020

- Advertisement -