Bayaran ‘one-off’ sudah lama dilaksana

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan bayaran khas ‘one-off’ kepada penjawat awam negeri sudah lama dilaksanakan di Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tidak berbangkit isu penjawat awam menerima elaun berkenaan dari dua pihak iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Katanya, ada orang marah kepada kerajaan kerana memberi bantuan kepada kakitangan negeri dan bantuan pusat pun dapat.

- Advertisement -

“Kita beri untuk kakitangan kita (negeri) sahaja, yang pusat dia tidak dapat, lagi pun kita sudah buat lama.

“Lagi pun baru-baru ini pun kerajaan pusat mengumumkan peruntukan untuk kakitangan mereka. Untuk rakyat pun kerajaan sudah ada peruntukan dan rakyat sudah menerima peruntukan itu,” katanya pada tazkirah secara atas talian di sini hari ini.

Tazkirah itu menggantikan kuliah mingguan di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati yang tidak dapat diadakan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Rabu lepas Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengumumkan kakitangan kerajaan negeri mendapat insentif RM500, manakala kakitangan lantikan politik pula RM250.

Selain itu petugas dalam kalangan kakitangan pihak berkuasa tempatan yang terbabit bertugas di barisan hadapan diberi ‘one-off’ RM300.

Setiap tahun kerajaan Kelantan membayar insentif khas kepada penjawat awam negeri terutamanya menjelang sambutan Hari Raya.- HARAKAHDAILY 10/4/2020

- Advertisement -