PKP: Kerajaan tidak pernah pinggirkan Orang Asli

Sebuah perkampungan Orang Asli. (Foto hiasan)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tohmahan mengatakan pihak kerajaan meminggirkan Orang Asli adalah tidak benar, demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan agihan bantuan bekalan makanan kepada masyarakat orang asli sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

- Advertisement -

“Bantuan fasa pertama iaitu daripada 2 April hingga 10 April telah diagihkan kepada 49,670 ketua isi rumah di 853 perkampungan orang asli di seluruh negara yang bernilai RM5 juta,” katanya dalam sidang media siang tadi.

Menurut beliau, bantuan fasa kedua akan bermula pada 10 April 2020 dengan pertambahan penerima kepada 55,000 ketua isi rumah yang melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta.

“Bantuan fasa kedua ini merupakan sambungan daripada agihan fasa pertama dengan penambahan kepada keluarga yang berpindah randah dan tinggal di kampung-kampung tambahan,” ujarnya lagi.

Katanya, ia jelas menunjukkan bahawa tidak ada peminggiran kepada masyarakat orang asli seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu.- HARAKAHDAILY 9/4/2020

- Advertisement -