Covid-19: Kadar kematian di Malaysia hanya 1.58 peratus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 di Malaysia antara yang terendah dengan peratusan 1.58 peratus sahaja.

Berdasarkan peratusan tersebut, ini membuktikan bahawa perkhidmatan kesihatan di Malaysia berhubung wabak tersebut adalah yang terbaik di dunia, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

- Advertisement -

Hari ini Malaysia mencatatkan penambahan kes baharu dengan 109 kes, menjadikan keseluruhan kes yang masih dirawat adalah 2,553 kes dengan 72 daripadanya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

43 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan dan dua kes kematian dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 67 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh menandingi kes baharu dengan 121 dilaporkan pulih sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih setakat ini adalah 1,608 kes.- HARAKAHDAILY 9/4/2020

- Advertisement -