2,448 keluarga terima sumbangan ADUN

ADUN Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood menyampaikan sumbangan kepada 2,448 keluarga di DUN Bukit Panau.
- Advertisement -

TANAH MERAH: Sebanyak 2,448 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau menerima sumbangan keperluan harian daripada wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, sumbangan itu diagih melalui fasa satu, dua dan tiga.

- Advertisement -

Katanya, penghulu mukim akan menyelaras pengagihan tersebut bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Penghulu juga dibantu NGO, imam dan sukarelawan bagi meringankan bebanan penduduk yang terjejas,” katanya ketika ditemui semasa mengagihkan sumbangan di Kampung Kelewek hari ini.

Sebanyak 900 kilogram ikan disumbang kepada penduduk di Kampung Kelewek bagi meringankan bebanan mereka yang terjejas.

Abdul Fattah yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan berkata, bantuan fasa pertama melibatkan beras, gula, tepung dan telur, manakala fasa kedua juga melibatkan beras dan fasa ketiga ikan.

- Advertisement -