Setiap individu perlu patuhi PKP

- Advertisement -

SAYA menggesa setiap individu supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa pertengahan tahap kedua. 

- Advertisement -

Peningkatan pematuhan seperti yang diumumkan Kerajaan merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan setakat ini. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat yang tetap berkeras untuk melanggar arahan tersebut sehinggakan jumlah tangkapan kumulatif ingkar Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac hingga 5 April mencecah sehingga 6,048 individu.   

Setiap tangkapan individu yang ingkar hanya akan menyesakkan lagi penjara dengan bilangan pesalah PKP yang kian bertambah dan tidak mustahil perintah kawalan ini akan diteruskan jika setiap individu masih tidak memberi kerjasama sehabis baik.

Tempoh PKP fasa kedua adalah tempoh kritikal dan mustahak untuk menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Justeru, menjadi kewajipan setiap rakyat untuk mematuhi arahan pemimpin. 

Perkara ini demi kepentingan semua pihak sekaligus mampu menolak mudharat yang lebih besar. Hal ini selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa’ ayat 59;

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu”.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB SHAHARIZUKIRNAIN ABDUL KADIR

Ahli Parlimen Setiu – HARAKAHDAILY 8/4/2020

- Advertisement -