Pemuda serah ‘face sheild’ Pusat Koreksional

- Advertisement -

ARAU: Dewan Pemuda PAS Perlis menyerah 100 ‘face sheild’ kepada petugas barisan hadapan di Pusat Koreksional Perlis di sini semalam.

Topeng muka itu disediakan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Cawangan Perlis dengan kerjasama Pasukan Bridged Muslimat PAS Negeri.

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, serahan itu merupakan kali pertama kepada petugas barisan hadapan di pusat berkenaan.

“Kami merakamkan jutaan ucapan terima kasih di atas kerjasama cukup baik yang diberikan pihak Pusat Koreksional Perlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Pusat Koreksional Perlis ACP Hamid Taha.

Hadir sama Pengarah Jabatan Amal Perlis, Amirul Jufri Mat.- HARAKAHDAILY 8/4/2010

- Advertisement -