MOSTI, KPDNHEP atasi masalah perisai ‘frontliners’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan masalah kekurangan bekalan ‘perisai’ untuk kegunaan barisan hadapan (frontliners) yang bertugas menangani pandemik COVID-19.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim berkata, untuk itu perbincangan dua hala antara MOSTI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diadakan.

“(Ia) membuka jalan untuk menyelesaikan permasalahan secara bersama dan serius. Antara agenda lawatan ini adalah membincangkan mengenai kekurangan bahan mentah bagi sektor pembuatan topeng muka, ‘3D face shield’ dan juga ‘hand sanitizer’.

‘’Isu ini telah diunjurkan kepada pihak KPDNHEP dan telah pun diambil maklum akan hal tersebut. Tambahan pula, ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh negara terutamanya kepada ‘frontliners’ yang kekurangan topeng muka,’’ katanya.

Menurut beliau, sebagaimana telah diumumkan oleh Menteri MOSTI Khairy Jamaluddin, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghasilkan tersebut.

Maklumnya, peralatan berkenaan antaranya ‘3D face shield’ sedang dihasilkan dalam usaha untuk membasmi COVID-19, namun, proses penghasilannya masih terdapat kekangan seperti kekurangan bahan mentah.

‘’Semoga dengan perbincangan sebentar tadi, pihak KPDNHEP dapat mengatasi segera mengenai permasalahan ini,” ujar Amzad selepas lawatan kerja ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beliau bertemu Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol Wahid dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Dato’ Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta turut dihadiri, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP, Dato’ Iskandar Halim Sulaiman, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu memuji turut tindakan pantas KPDNHEP menyelesaikan isu operasi kilang arak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

‘’Arak secara saintifiknya tidak baik untuk kesihatan manusia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia di bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBBB) mencatatkan alkohol sebagai “a toxic and psychoactive substance with dependence producing properties”.

“Kerana itu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membatalkan kelulusan operasi kilang arak sepanjang PKP ini adalah tepat kerana ia bukanlah jenis bahan makanan dan minuman yang perlu dipastikan bekalan berterusan,’’ maklumnya.

Sementara itu, ia juga dilaporkan mengundang permasalahan terhadap penguatkuasaan apabila berhadapan individu yang ingkar yang berada di bawah pengaruh alkohol.

PBBB menurutnya, telah memberi amaran terhadap peningkatan kes keganasan rumahtangga di seluruh dunia sepanjang tempoh COVID-19 yang menyaksikan PKP dilaksanakan di seluruh dunia. – HARAKAHDAILY 8/4/2020

- Advertisement -