Barat bukan tempat pelarian, tapi tapak kubur berpotensi

- Advertisement -

SEKITAR lebih lima tahun lalu Barat – Amerika dan Eropah – dikira kawasan pelarian yang berpotensi bagi pengongsi dari Asia Barat, khususnya umat Islam dari Afrika Utara, rantau Teluk seperti Afghanistan.

- Advertisement -

Beratus ribu pelarian dari Afghanistan dan Iran merentas Syria ke Turki dan orang Afrika merentas Luat Mediterranean ke Turki dan Greece cuba memasuki Eropah. Turki terpaksa menjadi transit bagi pencari rezeki dan keselamatan.

Ekonomi yang baik bagai Eropah dan Amerika menyebabkan orang lapar dari Asia menyerbu wilayah yang Allah lempah rahmat. Turki memang tidak terdaya menampungnya, maka bangsa yang bernasib baik di Eropah dan Amerika wajar menampung sekalian pelarian itu.

Tetapi orang barat yang murah rezeki itu tidak sedia berkongsi rezeki, maka mereka tersekat di Turki. Turki bukan sasaran mereka sebenarnya. Yang mereka hajati ialah wilayah makmur Eropah dan Amerika. Jika orang Eropah sedia berkongsi sesama mereka, mengaihkan orang lapar dari umat Islam itu, nescaya krisis kemanusiaan dan kebuluran itu dapat ditangani.

Mereka tidak Afrika, Latin Amerika, India dan Asia Tenggara kerana rezeki segera tidak ada di sana. Wilayah-wilayah miskin itu tidak berupaya memenuhi rezeki yang mereka cari.

Eropah dan Amerika yang lempah rezeki berupaya menampung keperluan kemanusiaan.

Justeru Eropah dan Amerika takut miskin gara-gara kebanjiran orang lapar dari Timur Tengah, masing menutup sempadannya menyebabkan Turki terpaksa memikul beban.

Mereka memilih Eropah dan Amerika, kerana rezeki banyak di situ. Tidak siapa sangka Amerika dan Eropah kini bertukar menjadi tanah kubur besar dan berpontesi bagi dunia gara-gara wabak COVID-19 yang bermula di China empat bulan kini berpindah ke barat khususnya Itali dan Sepanyol.

China hampir menyelesaikan masalahnya, tetapi Itali dan Sepanyol paling bergelut dengan jangkitan besar dan sudah menjadi tanah kubur besar. Kematian belum banyak di Amerika baru kini 8,503, tetapi jangkitan COVID-19 terbesar di dunia sekitar 312,245 orang.

Jangkitan di Sepanyol dan Itali pada 6 April sudah melebihi 255,390 belum mengatasi Amerika, sedang mati di Sepanyol dan Itali pada tarikh sama ialah 27,780 sedang kematian di Amerika baru 8,503. Tetapi dengan perkembangan yang ada diramalkan kematian di Amerika dalam waktu yang singkat mungkin mencapai antara 100,000 hingga 250,000.

Kerajaan Amerika tidak menyangkalnya betapa Amerika kini menuju tanah kubur yang terbesar di dunia. Manakala dari segi jangkitan di Eropah, Jerman, Perancis, Britain, Switzerland, Beligum, Belanda ada menunggu menjadi tanah kubur besar yang berpotensi.

Semua wilayah di Eropah lima tahun dahulu adalah sasaran para pelarian dari Timur Tengah yang rata-rata orang Islam. Mereka berpusu-pusu hendak ke Eropah dan Amerika lima tahun dahulu adalah melihat suasananya menawarkan syurga dunia yang berpotensi.

Tetapi hari ini wilayah yang menawarkan syurga itu sudah menjadi kawasan tanah kubur besar dunia. Kita tidak tahu apa yang dunia dapat buat bagi menghalang dunia menjadi kawasan kubur baharu bagi semua.

Dengan keadaan yang ada, Barat lebih cepat jadi kubur, tidak perlu pelarian ke Eropah, mungkin kekal di Asia lebih lambat mati dari Amerika dan Eropah. Bagi tahun 2020 tidak perlu jadi pelarian ke Eropah.

- Advertisement -