Autoritarian, Totalitarian, Fasism, Hitler dan Mussolini

Autoritarian
- Advertisement -

PENGENALAN dan Autoritarian

(1) Autoritarian, Totalitarian dan Fasis adalah tiga perkataan yang lebih kurang sama maksudnya. Tetapi sedikit berbeza pada beberapa ciri yang perlu diperhalusi.

Tujuan artikel ini ditulis, supaya kita dapat memahami konsep pemerintahan yang mencerminkan sesebuah pemerintahan. Supaya kita faham sejarah dan ideologi.

Bahkan, supaya kita memahami mengapa pemerintahan kuku besi itu boleh berkuasa, dan mengapa wujudnya penindasan terhadap rakyat dalam lipatan sejarah.

(2) Sebagai pengenalan awal, ketiga-tiga perkataan ini boleh diistilahkan sebagai konsep pemerintahan. Totalitarian agak keras berbanding Autoritarian, manakala asasnya berkaitan dengan Fasism.

(3) Autoritarian adalah fenomena di mana kuasa tertumpu di tangan seseorang atau dalam kumpulan yang sekepala dengan orang yang mempunyai aliran pemikiran yang sama.

Dalam masa yang sama, Autoritarian membenarkan kewujudan pembangkang, yang fungsinya hanya sekadar hiasan. Bahkan tidak mampu menggugat pemerintahan sedia ada.

(4) Konsep Autoritarian terbina atas konsep Positivism yang meletakkan beberapa nilai di tempat tertinggi seperti pengstrukturan sosial yang rasional, undang-undang, kestabilan dan sebagainya.

Beberapa negara yang dikaitkan dengan konsep ini seperti Filipina, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan lain-lain. Biasanya konsep ini dikaitkan dengan kediktatoran dan penindasan.

- Advertisement -

Realiti Autoritarian dan Totalitarian

(1) Kedua-dua antara Autoritarian dan Totalitarian secara asasnya berkuasa menyekat hak asasi manusia. Cuma bezanya ialah Autoritarian masih membenarkan kewujudan pembangkang.

Kewujudan pembangkang itu mestilah terikat dan ‘tak boleh lebih-lebih’. Manakala Totalitarian pula, mempunyai penguasaan total terhadap rakyat, dan sesiapa yang terlajak membangkang boleh dibunuh.

(2) Totalitarian adalah negara yang berhak menentukan semua benda untuk rakyatnya. Termasuk bab sikap, akhlak dan kepercayaan. Semuanya kena ikut pemerintah.

Dengan pengenalan ringkas ini bolehlah kita faham bahawa kedua-duanya disifatkan dengan diktator. Tetapi Totalitarian lebih keras berbanding Autoritarian.

(3) Banyak lagi negara-negara yang dikaitkan dengan Autoritarian atau Totalitarian. Cumanya yang perlu juga kita faham ialah sesebuah negara itu kadang-kadang boleh bertukar-tukar.

Iaitu bertukar antara Autoritarian, ataupun Totalitarian. Ia berdasarkan siapa yang memerintah. Contohnya Venezuela di bawah Hugo Chávez, atau Cuba di bawah Fidel Castro.

(4) Manakala Republik China di bawah Pengerusi Mao Zedong telah dianggap sebagai pemerintahan Totalitarian. Sama juga seperti Jerman ketika diperintah Hitler, Saddam Hussein di Iraq dan Kim Jong Un Korea Utara.

Berbeza-beza mengikut zaman dan pemerintah. Boleh berubah. Ia boleh diperhatikan pada dasar pemerintahan, dasar luar, undang-undang, dan macam-macam lagi.

Fasis dan Fasism

(1) Fasis pula ialah satu bentuk Kerajaan yang menggabungkan aspek yang paling melampau, iaitu kedua-dua Totalitarian dan Autoritarian. Ini lebih sakit kepala.

Bahasa mudahnya, negara yang mengamalkan konsep ini biasanya negara perang. Rakyatnya diwajibkan untuk sentiasa bersedia untuk berperang dan menjadi tentera.

(2) Manakala Fasisme ialah ideologi politik yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu. Antara yang terkenal dengan Fasisme ialah Mussolini (Itali) dan Hitler (Jerman)

Dalam sejarah, ideologi ini dikaitkan dengan dengan Julius Caesar (100-44SM) yang merupakan tokoh politik Rom. Namun, asas ini berkembang dan melalui proses yang panjang.

(3) Pemerintahan cara ini lebih memaksa dan lebih pekat perencah kediktatorannya. Di era 1880-an, Perancis dilihat mengamalkan fahaman ini. Kemudiannya Itali ketika Perang Dunia Pertama.

Selepas daripada itu, merebak ke negara-negara Eropah yang lain era Perang Dunia Kedua. Namun, setelah berakhirnya perang, konsep Fasis ini berkubur sedikit demi sedikit.

(4) Jika kita lihat dari segi sejarahnya, asas Fasis kembali kepada asas-asas yang dikembangkan daripada beberapa teori falsafah politik yang hangat diperdebatkan.

Antara yang masyhur ialah Machiavelli, Thomas Hobbes, George Whilhem Hegel dan beberapa orang lagi yang ada mendiskusikan seputar asas fahaman Fasisme.

Hitler dan Mussolini

(1) Dalam sejarah Perang Dunia Pertama, kita boleh lihat bagaimana pertembungan dua blok besar, antara Kuasa Bersekutu dan Kuasa Pusat. Itali ketika itu mengamalkan demokrasi.

Itali mula menyertai Kuasa Bersekutu kerana kepentingannya untuk mendapatkan tanah Austria yang berada dalam blok Kuasa Pusat, bersama Jerman, Bulgaria dan Uthmaniah.

(2) Kerosakan ekonomi dan sosial akibat Perang Dunia Pertama mendorong sesetengah rakyat Itali cenderung untuk beralih angin kepada Parti Fasis Negara yang dipimpin oleh Benito Mussolini.

Ringkas ceritanya beliau mendapat tempat dan apabila menang beliau telah mengubah negara Itali yang asalkan mengamalkan demokrasi yang dikuasai oleh Liberal, kepada konsep Totalitarian.

(3) Jerman pula dalam Perang Dunia Pertama berada di blok Kuasa Pusat, manakala Adolf Hitler ketika itu sebagai askar. Setelah perang munculnya Nazi, dan pada 1923, beliau telah mencetuskan pemberontakan.

Beliau dipenjarakan. Jerman ketika itu mengamalkan konsep demokratik. Setelah bebas daripada penjara pada 1924. Antara 1924 hingga 1928 boleh dikatakan tempoh kegelapan Nazi.

(4) Pada 1929, Amerika berhadapan krisis ekonomi iaitu kejatuhan di Wall Street. Krisis ini menyebabkan sokongan rakyat Jerman mula memihak kepada Nazi.

Pada 1930 Nazi mendapat pertambahan sokongan dan hasil propaganda yang dilakukan oleh beliau, memaksa Kerajaan melantik beliau menjadi orang besar Kerajaan sehinggalah pada 1934 beliau muncul sebagai Ketua Negara.

Kekalahan Jerman dan Itali

(1) Antara 1934 hingga 1936, Jerman mula muncul sebagai sebuah negara Totalitarian dengan akta dan undang-undang yang ditetapkan oleh Hitler, menjadikan Jerman sebagai sebuah negara satu parti.

Walaupun Hitler diktator, namun ideologinya agak lurus apabila beliau menghapuskan orang Yahudi, Komunis, golongan Homoseksual, Freemason dengan caranya itu.

(2) Mussolini dan Hitler dua pemerintah yang terkenal dengan Totalitarian. Kerajaan Mussolini berpakat dengan Jerman Nazi dan Empayar Jepun, dan terjebak dalam Perang Dunia Kedua.

Mereka berada di blok Kuasa Paksi pada tahun 1940. Dalam era itu, Kerajaan Fasis Itali meluaskan empayar jajahan ke Habsyah, Mesir dan Somalia yang berada di bawah British.

(3) Namun Itali ditewaskan oleh Pihak Berikat pada Julai 1943 Kerajaan Fasis itu digulingkan. Ini menyebabkan Itali kehilangan kesemua jajahannnya di Afrika. Setelah itu, Itali berpihak kepada Berikat untuk mengalahkan Jerman pada 1945.

Jerman setelah kalah dalam Perang Dunia Kedua, wilayahnya dikerat-kerat oleh Berikat. Itali diisytiharkan sebagai Republik pada 1946 manakala Jerman pada 1949. Sebagai tanda berakhirnya Fasis dan Totalitarian di wilayah itu.

(4) Catatan sejarah ini menggambarkan penghujung bagi era kegemilangan mereka. Negara-negara Barat yang turut terikut dengan gelombang Fasis juga turut sama berakhir selepas Perang Dunia Kedua.

Namun, kewujudan negara-negara Autoritarian atau Totalitarian masih lagi wujud hingga ke hari ini dengan konsep penguasaan satu parti yang mempunyai kuasa penuh.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 8/4/2020

- Advertisement -