NGO bantu ahli terjejas PKP

- Advertisement -

KOTA BHARU: NGO Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (MERAK) turut mengembleng usaha bagi membantu 50 ahlinya yang kini terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya Mohd Azaizuree Ahmad berkata, sumbangan itu bagi meringankan bebanan ahlinya yang tidak dapat bekerja sekarang.

Katanya sumbangan itu diagihkan kepada mereka yang tidak tersenarai dalam bantuan kerajaan sempena PKP.

- Advertisement -

“Untuk itu kami tampil membantu mereka sekadar yang termampu,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Koperasi Ummah (Ko-Ummah) di Wisma Ko-Ummah semalam.

Pengerusi Ko-Ummah Luqman Nurhakim pula berkata, pihaknya membantu sebagai menyahut seruan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi meringankan bebanan penduduk yang terjejas.

MERAK mempunyai ahli di seluruh Kelantan, di mana sebahagian besar bergiat cergas dalam sukan bina badan.- HARAKAHDAILY 7/4/2020

- Advertisement -