MB ajak rakyat bersatu ‘lawan’ COVID-19

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu berusaha sedaya upaya bagi memastikan kesan penularan wabak COVID-19 terkawal di negeri ini.

- Advertisement -

Menteri Besarnya, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebab itu kerajaan mengenakan lanjutan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua hingga 14 April ini.

Beliau mahu negeri ini kekal berterusan dalam keadaan yang terkawal serta tidak berlaku kes tertentu hingga menyebabkan tindakan lebih drastik terpaksa diambil.

“Kita sedang berusaha gigih untuk memastikan kesan COVID-19 ini terkawal di Terengganu. Dengan penekanan pada arahan PKP fasa kedua ini untuk mengambil tindakan yang lebih serius.

“Kita mahu Terengganu ini kekal dalam keadaannya yang terkawal dan tidak ada kes-kes terpencil yang menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan yang lebih drastik.

“Harap semua pihak dapat mengambil perhatian yang lebih serius. Mana-mana yang tidak perlu keluar rumah itu harus kekal di rumah,” tegasnya, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat negeri ini mengawal emosi serta bersama menghadapi ancaman wabak tersebut sebagai satu pasukan.

“Kita faham dalam situasi yang kurang menyenangkan ini pastikan emosi terkawal dan tambahkan ibadah dan sebagainya, Insya’Allah.

“Sama-samalah kita hadapi perkara ini sebagai satu pasukan rakyat negeri Terengganu. Insya’Allah, kita boleh menghadapinya,” ujar beliau.

Manakala, katanya ucapan doa dan munajat wajar diberikan khusus kepada para petugas di barisan hadapan yang berisiko tinggi menghadapi wabak tersebut.

“Kepada barisan hadapan ‘frontlines’, kita faham mereka berhadapan dengan risiko yang amat tinggi, waktu kerja yang ‘stress’, berjauhan dengan keluarga dan risiko-risiko yang menakutkan kita.

“Kita faham, merekalah yang berada di barisan hadapan yang merisikokan diri mereka demi kemaslahatan awam.

“Kita rakyat negeri Terengganu berdoa, supaya mereka kuat semangat, mengikut segala prosidul dan dapat menghadapi tugas mereka dengan baik tanpa sebarang risiko yang menimpa mereka,” jelasnya.

Pada 5 April lalu, mangsa COVID-19 yang ke-62 adalah seorang lelaki dari Besut, Terengganu yang dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan jemaah tabligh sebelum ini dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. – HARAKAHDAILY 7/4/2020

- Advertisement -