Lantikan politik harus selari aspirasi kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Semua lantikan politik di agensi seluruh kementerian termasuk GLC akan dibuat penilaian semula supaya ianya selari dan selaras dengan aspirasi kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

- Advertisement -

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary menyatakan demikian ketika diminta mengulas sikap biadab beberapa lantikan politik agensi terhadap kerajaan dan kepimpinan terbaru negara.

“Kita (kerajaan) akan melaksanakan sebagaimana arahan YAB Perdana Menteri supaya melihat kembali lantikan politik ini dalam mana-mana agensi dan juga GLC supaya selari dan selaras dengan aspirasi kerajaan baru.

“Itu sekiranya benarlah apa yang didakwa ini. Tapi saya masih lagi menunggu laporan daripada agensi berkenaan,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan di Rumah Awam Kos Rendah Panji, Panchor, kelmarin.

Ketika ini masih terdapat banyak jawatan di agensi-agensi kerajaan termasuk GLC yang merupakan lantikan politik PH tetapi bersikap enggan meletakkan jawatan walaupun teraju kepimpinan kerajaan sudah beralih tangan.

Lebih mengjengkelkan, mereka bersikap ‘duri dalam daging’ antaranya menyerang secara terbuka pendekatan dan peribadi kepimpinan kerajaan dengan biadab, tuduhan dan melulu, sedangkan mereka dikenali dijawatan berkenaan.

Lantikan politik yang kebanyakan daripada individu parti itu juga sebenarnya bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) untuk tidak melantik berdasarkan parti, namun berlaku sebaliknya sepanjang pemerintahan mereka. – HARAKAHDAILY 7/4/2020

- Advertisement -