Unit LAKSANA, pastikan PRIHATIN cepat dan lancar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementeri Kewangan (MoF) telah menubuhkan unit LAKSANA bagi memastikan semua inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat (PRIHATIN) dan PRIHATIN PKS (Tambahan) dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar.

- Advertisement -

Unit ini akan memantau dan melaporkan perkembangan pelaksanaan PRIHATIN dan PRIHATIN PKS (Tambahan) di Malaysia kepada pihak kerajaan termasuk MoF dan Majlis Tindakan Ekonomi.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 billion untuk disalurkan kepada semua sektor awam dan swasta yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Daripada jumlah itu, hampir RM128 billion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

RM2 billion pula diperuntukkan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan RM20 billion lagi telah diumumkan sebelum ini.

Manakala, untuk PRIHATIN PKS, kerajaan telah mengumumkan untuk memberi penambahan RM10 billion dengan pengecualian sewa kepada premis PKS yang menyewa dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Geran Khas Prihatin, subsidi upah, dan lain-lain lagi.- HARAKAHDAILY 6/4/2020

- Advertisement -