Geran Khas RM3,000 untuk PKS Mikro

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM2.1 billion diperuntukkan bagi mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion untuk memberi manfaat kepada semua syarikat Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan.

- Advertisement -

Sebanyak 700,000 PKS mikro di seluruh negara akan menerima manfaat ini dengan syarat hasruslah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Data untuk Geran Khas Prihatin akan diambil melalui senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Demikian kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN (Tambahan) dalam siarang langsung yang dibawakan RTM sebentar tadi.

Kerajaan telah mengumumkan peruntukan untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) Tambahan sebanyak RM10 billion dengan jumlah sebelum ini adalah RM250 billion.

Antara senarai Prihatin Tambahan termasuklah pengecualian bayaran sewa atau diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan, pemansuhkan kadar faedah 2 peratus kepada 0 peratus untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional, dan lain-lain lagi. – HARAKAHDAILY 6/4/2020

- Advertisement -