Covid-19: Seorang meninggal, 131 kes baharu positif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu lagi kes kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat ini adalah 62 orang.

Manakala, jumlah kes baharu positif Covid-19 pada hari ini sebanyak 131 orang menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 3,793 orang.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Noor Hisham Abdullah berkata kes kematian ke-62 adalah kes ke-3,663 merupakan seorang lelaki berumur 67 tahun.

Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi serta ada sejarah kontak rapat dengan beberapa kes positif Cpvid-19 daripada perhimpunan di Sri Petaling iaitu kes-1,265, kes-1,266, kes-1,267, kes-1,404 dan kes-2,549.

“Beliau mendapat rawatak di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 29 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.22 pagi semalam,” katanya pada sidang media hari ini.

Meskipun begitu, beliau memaklumkan bahawa jumlah pesakit yang discaj adalah sebanyak 236 orang, merupakan jumlah tertinggi setakat ini

“Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,241 orang.

“Pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 102 orang dan 53 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 6/4/2020

- Advertisement -