COVID-19: Graf dunia makin naik, Malaysia turun ke-30

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 di seluruh dunia terus menunjukkan graf peningkatan yang meninggi dengan 1,273,792 kes serta mengakibatkan 69,459 kehilangan nyawa melibatkan 208 negara setakat jam 12:00 tengahari ini.

- Advertisement -

Ia merupakan pertambahan 930 kes dalam 24 jam dengan Amerika Syarikat masih dikedudukan paling atas, diikuti Sepanyol yang melonjak lebih buruk berbanding Itali sejak semalam, namun kematian di Itali masih rekod tertinggi.

Malaysia pula berada di tangga ke-30 yang bermakna semakin baik dengan menunjukkan graf agak mendatar berbanding sebelumnya, namun masih berada di kedudukan teratas dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara lain.

Pun begitu, negara-negara Asia Tenggara lain sedang menunjukkan pertambahan mendadak yang membimbangkan dengan hampir semua juga telah menguatkuasakan arahan menghadkan pergerakan dan aktiviti awam.

Dianggarkan setakat ini lebih 3 bilion atau sepertiga daripada penduduk dunia sedang ‘berkurung’ di kediaman masing-masing sebagai salah satu pencegahan dan usaha memutuskan rantaian COVID-19. – HARAKAHDAILY 6/4/2020

- Advertisement -