Pusat bersalin terima pelindung muka

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pusat Perubatan An Nisa’ menerima sumbangan 100 unit pelindung muka daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Kelantan (BSMM) bagi membantu petugasnya di bilik bersalin dan pembedahan di pusat perubatan itu.

Sumbangan disampaikan Naib Pengerusi BSMM Kelantan, Mohd Rozi Mohd Noor, kepada Pegawai Pengawal An Nisa’, Azirin Riffin, di Pusat Perubatan An Nisa’ di sini hari ini.

- Advertisement -

Mohd Rozi berkata, sejak awal Mac lepas pihaknya dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertungkus lumus menyiapkan 1,500 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sehari untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan memerangi Covid-19.

Katanya, peralatan tersebut merangkumi PPE Suit, 3D Face Shield Visor dan cecair pembasmi kuman.

“Walaupun tumpuan agihan diberikan kepada hospital yang mengendalikan kes Covid-19, namun kita juga mengedarkan pelindung muka kepada pusat perubatan milik anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan iaitu An Nisa’ dan klinik kesihatan di seluruh Kelantan.

“Inisiatif berkenaan sebagai langkah keselamatan untuk petugasnya yang berisiko menguruskan ibu bersalin selain sebagai usaha menambah jumlah keperluan peralatan perlindungan diri (PPE) barisan hadapan kesihatan ketika menangani pandemik Covid-19,” katanya.- HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -