PKP: Lanjutan tempoh bergantung data kes COVID-19

kes
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya akan ditentukan berdasar data kes COVID-19 yang direkodkan.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama ada berlaku tempoh pelanjutan atau tidak hanya akan ditentukan pada 10 April depan.

Kes jangkitan terus meningkat lagi menjadikan jumlah kumulatif seramai 3,483 pesakit dengan 57 kematian direkodkan, namun 915 berjaya pulih sepenuhnya setakat semalam.

Pun begitu Dr Noor Hisham menyatakan, cabaran tetap ada terutama jika berlaku gelombang dari kes import melibatkan mereka yang pulang dari luar negara.

Beliau turut mengingatkan, sekalipun PKP ditamatkan nanti, rakyat tetap perlu mengelak sebarang himpunan ramai dalam tempoh 6 bulan hingga setahun.

Katanya, norma dan amalan sebarang aktiviti sedemikian termasuk Bazar Ramadan dan kenduri perlu diubah demi untuk mengawal dari wabak itu merebak kembali.

Jelas beliau, gaya hidup selepas PKP tetap memerlukan kawalan kebebasan termasuk rutin yang mengutamakan aspek kebersihan dan kesihatan.

Sementara itu, pihak polis kini terpaksa mengambil tindakan lebih tegas terhadap kes-kes pelanggaran PKP ke arah mencapai pematuhan 100 peratus dan sifar ingkar.

Direkodkan 1,449 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan melanggar PKP dan 184 kertas siasatan berita palsu dibuka setakat 2 April. – HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -