PKP: Kolaborasi kebajikan bantu penduduk Gombak

- Advertisement -

GOMBAK: Khidmat Malaysia Kawasan Gombak telah menggerakkan peranan membantu meringankan beban penduduk sekitar daerah ini yang terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- Advertisement -

Inisiatif kebajikan bersama PAS Kawasan Gombak dan NGO-NGO ini telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan harian dan penutup muka, termasuk kepada anggota barisan hadapan.

Antara NGO terlibat adalah Persatuan Hulu Kelang Prihatin, HIGOM, Maaruf Care, Syabab Care, Persatuan Kebajikan Assakinah (ASSAKINAH), Pertubuhan Rahmat Untuk Semua (Rahmat Care) dam Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz).

Penyelaras Khidmat Malaysia Gombak, Ustaz Kamalulhysham @ Farhan Mohd Suhut berkata, kolaborasi semua pihak itu telah melancarkan Tabung Khas COVID-19 bagi membantu masyarakat sekitar.

Menurutnya, dengan kerjasama tersebut, lebih 2,500 penerima sumbangan berjaya diedarkan setakat ini dan ia terus bertambah, selain turut diedarkan 300 bungkus makanan setiap hari kepada petugas barisan hadapan dan penduduk miskin.

Sumbangan para dermawan dialu-alukan di mana boleh disalurkan ke akaun Maybank 1234 5667 7001 atas nama Tabung Kebajikan Komuniti PAS atau hubungi 019-350 7803 (Ramli) untuk pertanyaan. – HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -