PKP: Halang pergerakan dari kawasan wabak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Disiplin yang tinggi terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat dituntut bagi mengurangkan wabak Covid-19 di negara ini.

Anggota Exco kerajaan Kelantan Dr Izani Husin berkata, pergerakan daripada kawasan wabak ke lokasi yang terkawal mesti dihad atau dihalang.

“Langkah itu penting bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Menurutnya juga perkembangan kes Covid-19 di Kelantan sehingga semalam terdapat dua kes baru positif dengan menjadikan jumlah kes di seluruh negara sebanyak 150.

Menurutnya jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 3,483 kes termasuk 139 kes di Kelantan.

“Jumlah pesakit pulih di seluruh negara pula sebanyak 88 orang dan jumlah pesakit yang sembuh dan discaj sehingga semalam seramai 915 orang.

“Pesakit di ICU pula sebanyak 99 orang dan 50 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Jumlah kematian semalam sebanyak 4 kes di mana seorang daripadanya di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Keseluruhan kematian di negara setakat semalam sebanyak 57 orang.- HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -