COVID-19: Politik satukan rakyat, bukan hasut berpecah

- Advertisement -

DALAM keadaan negara berdepan pandemik COVID-19 yang membahayakan nyawa dan kesihatan rakyat, marilah kita hadapinya bersama dengan memfokus sumber, tenaga, akal dan minda membantu rakyat dan negara.

- Advertisement -

Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera mesti diperkukuhkan lagi dengan fokus menyelesaikan masalah rakyat dan menjauhi amalan politik hasutan, fitnah, adu domba, permainan persepsi, yang sangat buruk serta memecah belahkan kesatuan rakyat yang amat diperlukan ketika berdepan ujian besar kepada negara seperti COVID-19 ini.

Di saat pemimpin negara dan warga prihatin yang berbilang bangsa dan agama bertungkus lumus berusaha, sangat hodoh dan jahat mereka yang mengkhianatinya dengan masih menghasut rakyat dan mempertikaikan segala usaha murni dan keprihatinan kerajaan yg setiap hari sanggup menggerakkan segala sumber untuk membantu rakyat tanpa sebarang keraguan kerana kerajaan hari ini benar benar adalah untuk rakyat, demi rakyat dan dari rakyat.

Pada saat ini, nyawa, keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan. Wang, kekayaan ekonomi kita boleh usahakan bersama bila bahaya berlalu. Tapi kehidupan rakyat , keselamatan dan nyawa tidak sekali kali untuk diperjudikan, ditangguh-tangguh langkah penyelamatan dan bantuan segera.

Rakyat benci dan memandang kotor mereka yang masih mahu bermain politik secara keji dalam keadaan sekarang. Rapatkan kesatuan rakyat, insya-Allah peperangan menghadapi COVID-19 ini boleh kita menangi bersama dengan berganding bahu saling bantu membantu dengan inisiatif yang saling membina.

Ketepi dan humbankan anasir yang bawa keruntuhan dan merugikan negara.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi
5 April 2020 – HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -