Amalnita Pahang beri khidmat bantu hasilkan PPE

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Amalnita Negeri Pahang telah mengambil inisiatif dalam usaha memerangi COVID-19 dengan sumbangan tenaga membantu anggota barisan hadapan negara menyiapkan kelengkapan perlindungan diri (PPE).

- Advertisement -

Khidmat itu dilaksanakan di bawah tunjuk ajar petugas Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan iaitu Dr Suhaila Suradi bersama Penyelia Jururawat, Faridah Abd Latif dan Maznah Mohd Amin serta Jururawat Masyarakat, Sarina Dahamat.

Dengan tenaga seramai 12 sukarelawati tersebut, kerjasama tersebut dapat menyiapkan sekitar 400 PPE yang memotong, menjahit dan mencantumkan keperluan tersebut di PASTI As-Salam Sungai Karang Darat.

Kebanyakan sukarelawati ini adalah tukang jahit pakaian di rumah yang walaupun sibuk mengurus keluarga saat PKP ini, namun menzahirkan solidariti bersama ‘frontliners’ demi kemudahan mereka untuk bertugas.

Bahkan, mereka juga tidak keberatan meminjamkan mesin jahit mereka kepada Amalnita selaku unit Pembangunan Keluarga dan Wanita Yayasan Amal Malaysia untuk menjayakan tujuan tersebut.

Projek selama 5 hari sejak 30 Mac lalu itu telah dijayakan sehingga 3 April secara dua ‘shift’ iaitu pagi dan petang secara gabungan tenaga dan kemahiran bersama semua sukarelawati dengan tunjuk ajar pihak PKD Kuantan.

Timbalan Pengerusi Amalnita Pahang, Nor Izni Wahab yang juga isteri ADUN Beserah, Andansura Rabu projek itu dihentikan sementara dan akan disambung jika menerima permintaan seterusnya. – HARAKAHDAILY 5/4/2020

- Advertisement -