KKM pertingkat kesiapsiagaan tangani COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketika seluruh negara sedang bersolidariti ke arah mengekang dan memerangi penularan jangkitan COVID-19, pihak pembangkang pula bersikap sebaliknya.

- Advertisement -

Para pemimpin PH hingga saat ini tidak henti-henti mempersoal, mempertikai dan menghembuskan pelbagai keraguan terhadap inisiatif dan kemampuan kerajaan menangani situasi.

Hakikatnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku barisan hadapan negara sedang menjayakan kesiapsiagaan terbaik bagi mendepani COVID-19 ditahap tertinggi sekalipun.

Ini tidak termasuk komitmen tinggi barisan hadapan daripada angkatan keselamatan negara yang berkolaborasi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Enam langkah kesiapsiagaan telah dilakukan KKM meliputi tindakan menambah sumber tenaga sukarelawan dan pelantikan kontrak anggota kesihatan bersara dan pakar perubatan swasta.

Penambahan peralatan seperti ventilator, kit ujian dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti penutup hidung dan mulut juga berterusan diperolehi melalui perolehan dan sumbangan.

Ketika sama, KKM meningkatkan kapasiti perkhidmatan melibatkan pusat saringan dan kuarantin, hospital merawat kes positif COVID-19, hospital lapangan dan bilangan katil.

Selain itu, inisiatif juga dilaksanakan dalam program pengurangan risiko di kawasan zon merah, zon jingga dan zon hijau di semua hospital atau premis kesihatan di seluruh negara.

Malah, KKM terus menggiatkan saringan berskala besar dengan tumpuan kepada golongan berisiko, serta melaksana aktiviti pendidikan kesihatan dan mengemaskini maklumat.

Kesiapsiagaan turut melibatkan 37 hospital KKM dengan tujuh darinya khusus untuk menangani COVID-19, sementara lebih 6,500 katil disediakan termasuk di Institut Latihan KKM.

Sehingga kini juga usaha mempercepatkan proses saringan dan pengesanan juga ditinggikan melalui peranan 33 makmal KKM termasuk universiti dan pihak swasta, setakat 30 Mac lalu.

Mobilasi petugas kesihatan mengikut keperluan hospital juga dijalankan, selain juga terhadap keperluan PPE di semua fasiliti. – HARAKAHDAILY 4/4/2020

- Advertisement -