Covid-19: Empat kes kematian terbaharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Empat kes kematian telah dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik Covid-19 di Malaysia sebanyak 57 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 turut bertambah kepada 3,483 apabila sejumlah 150 kes baharu positif Covid19 dicatatkan hari ini.

- Advertisement -

Katanya, daripada jumlah 150 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 80 kes mempunyai perkaitan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Sri Peraling tempoh hari.

Menurutnya, kes kematian ke-54 adalah kes ke-2,149 merupakan seorang perempuan berusaha 85 tahun yang berlatar belakang penyakit jantung.

“Kes kematian ke-55 adalah kes ke-860 merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Petra Kelantan dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

“Kes kematian ke-56 adalah kes ke-2,850 merupakan seorang lelaki berusaha 56 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak yang mempunyai latar belakang penyakit jantung dan mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,031.

“Kes kematian ke-57 adalah kes ke-1,575 merupakan seorang lelaki berusaha 61 tahun. Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 99 orang dan 50 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.- HARAKAHDAILY 4/4/2020

- Advertisement -