COVID-19: 217 kes baharu, 3 kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan 217 kes baharu positif COVID-19 sebentar tadi, dimana jumlah ini menampakkan trend peningkatan berbanding jumlah kes semalam dan hari sebelumnya.

Advertisement

Ketua Pengarah KKM, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga jam 5 petang ini keseluruhan kes positif 3,333 dengan 24.81 peratus telah sembuh bersamaan 827 pesakit.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pengumuman kes baharu COVID-19 di KKM di sini sebentar tadi.

Sementara itu beliau juga menyatakan terdapat 3 tambahan kes kematian dengan peratusan 1.59 peratus atau 53 kematian bilangan kumulatif keseluruhan.

Katanya lagi hingga hari ini, 60 kes pulih, 108 kes di ICU dengan 54 kes memerlukan bantuan penafasan.
HARAKAHDAILY 3/4/2020