PKP: Kepatuhan rakyat Kelantan semakin meningkat

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kepatuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat Kelantan sekarang meningkat kepada 96 peratus.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kepatuhan rakyat di negeri itu semakin baik sejak peraturan itu dikuatkuasa 18 Mac lepas.

- Advertisement -

“Saya yakin orang ramai boleh terus bersabar sehingga tempoh lanjutan 14 April ini.

“Alhamdulillah, kami mendapat maklumat daripada pihak polis mengatakan 96 peratus rakyat Kelantan mematuhi arahan PKP,” ujarnya di sini semalam.

Menurutnya juga tidak perlu dikuatkuasa peraturan ketat seperti di India memandangkan sebahagian besar rakyat patuh terhadap arahan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -