PAS Kedah hilang sebutir permata berharga

- Advertisement -

PAS Kedah merakamkan rasa kehilangan diatas pemergian mantan Speaker DUN Kedah, Dato’ Dr Abdul Isa yang merupakan seorang tokoh ilmuan yang banyak berjasa kepada pembangunan pendidikan di negeri itu.

- Advertisement -

Beliau dimasukkan ke wad ICU, Hospital Klang pada pagi 1 April kerana komplikasi buah pinggang dan meninggal dunia, kira-kira jam 10.50 malam.

Allahyarham semasa hayatnya banyak memberi khidmat khususnya kepada PAS Kedah, antaranya pernah diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Kolej Islam Darul Ulum (2011-2015), Setiausaha Majlis Muasasah Darul Ulum (2007-2011), tenaga utama Pusat Penyelidikan Fadzil Noor dan YDP Kawasan Kubang Pasu.

Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Kedah dan antara individu yang bertanggungjawab mempelopori HESA dan menjadikannya NGO utama pada peringkat PAS Kedah.

Bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu juga pernah menjadi calon untuk Parlimen Kubang Pasu pada PRU ke 12 lalu.

Justeru itu, PAS Kedah merasakan pemergiannya satu kehilangan yang besar memandangkan sumbangan dan jasa beliau terhadap jemaah terlalu besar.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan bersama dari kalangan orang-orang soleh serta mendapat keampunan Allah SWT.

Islam Memimpin Perpaduan

Salam Hormat, 

USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Kedah- HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -