Menggilap daya berdikari anak autisma

- Advertisement -

AUTISMA ialah gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1,000 orang dan ia terjadi empat kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki.

- Advertisement -

Seseorang yang menghidap autisma akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing. Peringkat awal, kanak-kanak cenderung bersikap hiperaktif dan panas baran. Peringkat akhir kanak-kanak pula, mereka suka menyerang dan mencederakan diri sendiri. Peringkat remaja dan dewasa pula, adalah berkaitan kemurungan dan epilepsi.

Hari Kesedaran Autisma Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April 2020. Tahun ini, ia disambut di tengah kemelut wabak COVID-19, menjadikan ia cukup mencabar kepada penghidap Autisma dan keluarga mereka.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia pada hari ini. Tema tahun ini adalah Transisi Kepada Kedewasaaan (The Transition To Adulthood), berkaitan bagaimana penghidap Autisma boleh hidup secara bebas tanpa perlu bergantung kepada orang lain lagi.

Ini dapat dibuktikan sendiri di Malaysia, dengan beberapa kejayaan yang membanggakan di kalangan anak autisma, antaranya menjadi pelajar cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia, universiti dan dalam karier masing-masing.

Memiliki anak autisma bukanlah satu kekurangan, tetapi ia mendidik kita menjadi lebih sabar dan tenang.

Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar dan lemah lembut serta tenang. Ini adalah sebagaimana dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه  إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة
“Rasulullah S.A.W. bersabda memuji salah seorang Sahabat baginda, “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran (lemah lembut) serta ketenangan (tidak gopoh gapah)”.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Mendidik anak autisme memerlukan kesabaran dan kelembutan. Sesungguhnya dalam diri anak-anak autisme ada potensi dan keistimewaan yang sangat besar. Hargai dan gilaplah mereka.

Semoga ibu bapa yang diuji akan terus sabar mendidik ahli syurga ini. Kita selalu mesyarakat perlulah berganding bahu dan saling membantu dalam mencapai usaha murni ini.

Selamat Hari Kesedaran Autisma Sedunia 2020.

DR MARDHIAH HAYATI SALLEH
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Gombak – HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -