Kelantan terima sumbangan TNB RM1 juta

- Advertisement -

KOTA BHARU:Kerajaan Kelantan hari ini menerima sumbangan bantuan Covid-19 sebanyak RM1 juta yang disumbang Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

- Advertisement -

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menerima bantuan tersebut di Bilik Gerakan di Kota Darulnaim. 

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhamad.

Menurut Pejabat Menteri Besar bantuan itu akan disalurkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk kegunaan menyediakan keperluan barangan dan peralatan bagi membendung penularan Covid-19.

“Penyerahan sumbangan tersebut diadakan selepas Menteri Besar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Sehingga sekarang Kelantan menyediakan peruntukan khas RM5 juta bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Dan semalam pula sebanyak RM20,000 lagi dilulus kepada setiap 45 Dun di negeri itu bagi membantu rakyat.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -