Hospital perlu 1,500 PPE setiap hari

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan memerlukan sebanyak 1,500 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sehari untuk diagihkan kepada hospital dalam mengekang penularan Covid-19.

Penasihat BSMM Kelantan, Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, orang ramai wajar turut sama memberi sumbangan bagi menjayakan hasrat tersebut.

- Advertisement -

Katanya PPE diperlukan setiap hari oleh hospital utama di negeri ini, kerana ianya hanya diguna pakai buang.

“Jadi kami menggalakkan sumbangan orang ramai bagi menampung kos untuk menyediakan kelengkapan PPE kepada petugas di kemudahan kesihatan secara percuma tanpa bayaran,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Rotary Kelab Kota Bharu di Pejabat BSMM di sini petang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail dan Presiden Rotary Kelab Kota Bharu, Marcus Lee Yee Chung.

Pada majlis yang diadakan di Rumah Amal Tengku Muhammad Faris Petra itu, Dr Faziharudean menerima sumbangan kewangan daripada PKINK dan barangan asas PPE seperti kain dan getah dari Rotary Kelab Kota Bharu.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -