COVID-19: JKPBD urus aduan, bantuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi mengendalikan pengurusan berkaitan aduan dan bantuan berhubung Covid-19.

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

“Kita ada menerima banyak aduan daripada pelbagai pihak ada secara ‘selfie’, atau video, kita harap selepas ini semua aduan boleh diadukan kepada jawatankuasa berkenaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain itu katanya, aduan juga boleh disalurkan terus kepada pihak kementerian berkaitan melalui talian hotline yang telah diumumkan sebelum ini.

Dalam masa yang sama, katanya bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melalui jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai wakil Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) daerah.

Bagaimanapun, beliau meminta supaya NGO dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. – HARAKAHDAILY 2/4/2020

- Advertisement -