Perubahan besar dunia era 2020

- Advertisement -

SEJARAH dan hari ini

(1) Masih menjadi persoalan, apakah Pax Judaica bakal tertegak pada tahun ini seperti yang dirancang oleh Zionis sejak puluhan tahun? Mereka tak lalui jalan yang mudah.

Boleh baca artikel saya sebelum ini [1]. Hari ini sudah melepasi suku pertama tahun 2020. Dalam keadaan Negara Haram Israel masih lagi belum stabil dan belum menampakkan sebagai kuasa besar.

Projek normalisasi yang dirancang dan dilaksanakan puluhan tahun juga belum mampu untuk menampakkan hasilnya yang benar-benar masak ranum. WaLlahua’lam.

- Advertisement -

(2) Hari ini blok China dilihat menjuarai pelbagai teknologi yang boleh dikatakan sebagai pesaing Amerika. Sudah saya ulas dalam banyak artikel sebelum ini mengenai persaingan antara kedua-duanya.

Ada pengkaji yang menjangka Pax Sinica akan muncul menggantikan Pax Americana sudah bertapak sejak 1945. Perancangan Amerika untuk kekal berkuasa, sangat nampak kesungguhannya.

(3) Sebelum kemunculan Pax Americana, orang-orang Uncle Sam ini dilihat cuba menguasai emas. Kemuncaknya pada 1947 apabila matawang negara-negara dunia bersandarkan kepada US Dollar.

Ketika kemunculan Pax Americana juga, mereka dilihat mendominasi ekonomi dunia. Khususnya dengan strategi Kapitalis, yang pernah menumbangkan gaya ekonomi Sosialis pada 1991.

Sudah pasti pergelutan ini akhirnya ‘memenatkan’ Amerika. Bahasa mudahnya mereka mengalami ‘over strecth’ yang mungkin menjadi sebab Amerika bungkus.

Amerika sudah penat

(1) Pada 1987, Paul Kennedy di dalam bukunya The Rise And Fall Of The Great Powers beliau melontarkan keyakinan yang tinggi bahawa kuasa Amerika juga akan tamat riwayatnya bila sampai waktunya.

Antara rasionalnya, atas sebab kehausan sumber ekonomi (overstrecth). Satu kemungkinan yang logik ke arah pengalihan kuasa besar. Adakah ke arah Pax Judaica?

Dalam keadaan Yahudi sendiri sedang bersilat dengan kerenah demokrasi yang dijulang oleh mereka sendiri, menampakkan seolah-olah mereka belum bersedia menjadi kuasa besar pada tahun ini.

(2) Ada yang menjangka China akan muncul sebagai Pax Sinica. Namun masih lagi satu andaian kerana China dilihat masih belum mampu untuk mendominasi walaupun sudah ada teknologi canggih.

Tapi kalau nak kata China sebagai kuasa Serantau, atau mempunyai pengaruh besar, itu agak logik. Sepertimana yang sedang terjadi hari ini. China sebagai kuasa besar di Eurasia.

(3) Jadi, apa yang akan terjadi sepanjang 2020 masih menjadi tanda tanya. Hal itu kita ketepikan dahulu, kerana isu COVID-19 yang muncul pada hari ini seolah-olah sedang mengubah track perancangan kuasa besar.

Iaitu persoalan mengenai ekonomi dan teknologi. Seolah-olah sifirnya ‘siapa yang menguasai teknologi dan ekonomi, ia akan kuasai dunia’. Ekonomi Amerika selaku kuasa besar berasaskan Petrodollar.

Tetapi hari ini apabila harga minyak sedang jatuh teruk, sudah pasti memberi kesan kepada pergerakan ekonomi seluruh dunia. Sesuatu yang tak terjangka sebenarnya.

People vs Tech

(1) Dari sudut teknologi pula, kita lihat promosi Amerika satu ketika dahulu untuk mengangkat demokrasi dilihat semakin jatuh apabila munculnya teknologi telekomunikasi 5G.

Jamie Barlett dalam bukunya The People vs Tech: How The Internet Is Killing Democracy yang diterbitkan pada April 2018 pernah menyatakan hal ini. Menggambarkan fenomena kejatuhan demokrasi.

(2) Atau bahasa mudahnya, dengan kewujudan internet sejak 90-an, sedikit demi sedikit telah membunuh demokrasi. Demokrasi difahami sebagai kuasa ramai (majoriti).

Tetapi dengan wujudnya alam maya, seolah-olah suara yang minoriti boleh menjadi dominan, dengan menguasai internet. Hari ini kita boleh fahami melalui perang Hoax.

(3) Boleh kita lihat contoh Pakatan Harapan (PH). Penggerak mereka tak ramai. Tapi dengan team yang sedikit itu mereka cuba menguasai alam maya sehingga suara mereka dilihat dominan.

Contoh yang lebih kurang sama, suara geng peguam Siti Kassim tak ramai pun. G25 pun tak ramai. Tapi apabila mereka bersuara, satu Malaysia akan sampai suara puaka mereka.

(4) Ketika serangan COVID-19 pada hari ini, suara bekas-bekas Menteri PH dipromosikan oleh Malaysiakini, dan akhbar-akhbar lain. Bukan sekadar itu, mereka juga main persepsi kotor.

Tujuan yang biasa dilihat ialah mewujudkan Hoax, dan menyuburkan persepsi salah. Tujuannya ialah menguasai minda. Itulah contoh persaingan ‘people vs tech’.

Crypto Currency

(1) Perbincangan mengenai kejatuhan ekonomi dunia sedang hangat pada hari ini. Boleh lihat beberapa pautan di internet [2] [3]. Boleh juga refer kepada gambar yang tertera.

Menggambarkan hampir ke semua sektor secara kasarnya terkesan akibat COVID-19, kecuali internet. Dunia seolah-olah terheret kepada ‘penjara tanpa tembok’.

(2) Penggunaan duit kertas atau duit fizikal akan terjejas. IMF pasti akan pening kepala dalam hal ini. Penggunaan duit fizikal mungkin beralih ke arah mata wang digital (cryptocurrency).

Apabila beralihnya kepada crypto currency, blok China dilihat seolah-olah sudah bersedia menghadapinya, selain daripada memiliki rizab emas yang besar. Sepertimana yang dilakukan Amerika sebelum Pax Americana.

(3) Crypto currency ini seolah-olah sedang bergerak secara selari dengan perkembangan teknologi pada hari ini. Ia lebih mendedahkan kepada ancaman maya.

Gareth Murphy, Pegawai Kanan Central Bank Of Ireland menyatakan [4];

“Penggunaan secara meluas (mata wang kripto) juga akan menjadikan lebih sukar bagi agensi statistik untuk mengumpulkan data mengenai aktiviti ekonomi, yang digunakan oleh kerajaan untuk memacu ekonomi.”

(4) Beliau memberi amaran bahawa mata wang maya menimbulkan cabaran baru kepada kawalan bank pusat terhadap fungsi penting dasar kewangan dan polisi kadar pertukaran. [4]

Walaupun hari ini setiap negara mempunyai perbezaan undang-undang terhadap matawang kripto (cryptocurrency), namun masa depannya agak meluas.

Kesimpulan

(1) Gambaran kejatuhan Amerika semakin jelas. Cuma yang masih belum ada jawapan ialah, siapa yang menjadi pengganti. Pax Judaica dilihat belum bersedia.

Manakala Pax Sinica pula dilihat hanya sekadar kuasa besar di Asia sahaja atau kuasa Serantau. Agak sukar untuk memungkinkan ia sebagai sebuah kuasa besar dalam tempoh ini.

(2) Justeru, mungkin akan berlakunya power vacuum atau dengan erti kata lain, kekosongan kuasa. Tiada kuasa besar yang mendominasi. Sekadar kemungkinan yang wajar dibincangkan.

Dunia juga mungkin terdedah dengan suasana ‘chaos’ (kekacauan) sepertimana yang terjadi antara 1915 hingga 1945, iaitu tempoh peralihan antara Pax Britannica dan Pax Americana.

Iaitu suasana persaingan, perebutan kuasa dan sebagainya. Apatah lagi baru baru ini Amerika melancarkan satelit Advanced Extremely High Frequency 6 (AEHF-6) seolah-olah menghala ke arah perang nuklear.

(3) Walau bagaimanapun, tak guna hanya sekadar meramal kosong. Perlu bersedia dengan sebarang persiapan dan kemungkinan. Blok China dilihat sudah bersedia dengan teknologi dan ekonominya.

Dengan 5G-nya, Big Data-nya, Surveillance-nya, Alipay-nya, WechatPay-nya, dan bermacam-macam lagi. Semuanya agak sedondon dengan sistem pemerintahan autokrasi mereka.

Manakala demokrasi sedang berhadapan dengan kepayahan untuk mengukuhkan ekonomi Kapitalis di era hari ini. Apatah lagi teknologi hari ini yang sarat dengan Hoax yang membunuh demokrasi.

[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3351792938195776&id=100000953077134

[2] https://www.mckinsey.com/business-functions/risk/our-insights/covid-19-implications-for-business

[3] https://www.eiu.com/n/novel-coronavirus-outbreak/

[4] https://www.rte.ie/news/business/2014/0703/628309-bitfin-conference/

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -