Penganjuran bazar Ramadan di Kelantan belum diputuskan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah memaklumkan bahawa kerajaan negeri belum membuat keputusan berhubung penganjuran bazar Ramadan tahun ini sama ada ianya akan diteruskan atau sebaliknya.

Bagaimanapun kata Naib Presiden PAS itu, sebarang keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

- Advertisement -

“Kebetulan hari ini kita tidak bincang lagi (bazar Ramadan) untuk diadakan atau tidak. Cuma ada pandangan berhubung perkara itu.

“Memang dari segi keselamatannya (jika diadakan) sukar untuk kita kawal,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas Exco di JKR 10 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran bazar Ramadan di negeri itu sebagaimana beberapa buah negeri lain yang membatalkannya.

Arahan pembatalan itu termasuk kerajaan Terengganu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang Covid-19.- HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -