MOSTI tingkat koordinasi sesama kementerian

- Advertisement -

KELMARIN saya ke Mesyuarat Koordinasi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Menteri, YB Khairy Jamaluddin dan YB DS Azmin Ali.

- Advertisement -

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara yang perlu disegerakan dalam menangani COVID-19 termasuk menggerakkan industri tempatan, menyegerakan proses bagi input input yang diperlukan oleh industri, digitising, autonomous robotic, peralatan perubatan dan lain-lain.

Di sebelah paginya saya menghadiri perbincangan dengan YB DS Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Timbalan beliau YB Ustaz Ahmad Marzuk. Antara yang saya bangkitkan adalah berkaitan pelbagai perubatan herba yang berminat dengan persijilan halal yang sangat penting diusahakan kajian kajian saintifik serta certification pengiktirafan, persijilan yang perlu sebelum ia boleh diperakui terutamanya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk digunakan oleh orang ramai.

MOSTI boleh membantu dan sumbangan JAKIM dalam membantu pembangunan produk perubatan yang halal dan toyyiban pastinya sangat bermanfaat.

Hari yang sama saya berkunjung ke Kementerian Alam Sekitar bertemu Menteri Alam Sekitar, YB Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya menyentuh berkaitan keprihatinan Kementerian Alam Sekitar tentang adanya kajian saintifik dilakukan di negara Belanda berhubung penularan virus COVID-19 melalui saluran kumbahan.

MOSTI menjadi tumpuan bagi segala usaha penyelidikan saintifik berhubung pandemik COVID-19 ini dan menyelaraskan usaha di peringkat nasional dengan pelbagai kerjasama strategik rentas kementerian.

Di peringkat antarabangsa, baru kelmarin satu perbincangan video conferencing melalui UNESCO telah berlangsung melibatkan Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dari lebih 160 negara bagi membincangkan COVID-19.

Dalam sidang video berkenaan, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, YB Khairi Jamaluddin telah berkongsi pengalaman Malaysia mengekang penularan COVID-19 yang dianggap agak berjaya berbanding sesetengah negara yang lebih maju.

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi – HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -