Guna tepung ubi hasil pelindung muka

- Advertisement -

ARAU: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memanfaatkan bidang sains, teknologi dan inovasi bagi menghasilkan pelindung muka (face shield) tiga dimensi (3D).

- Advertisement -

Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Dr R Badlishah Ahmad berkata, pelindung muka terbabit dihasilkan menggunakan bahan filamen Polyactic Acid atau Polylactide (PLA) iaitu thermoplastic yang diperbuat daripada sumber boleh diperbaharui termasuk tepung jagung, ubi atau tebu.

Katanya, empat mesin cetak 3D digunakan dengan keupayaan pengeluaran sehari adalah 40 hingga 50 unit dengan setiap satu mengambil masa hampir sejam untuk disiapkan.

“Kita mempunyai stok filamen yang mencukupi dengan anggaran kos pengeluaran setiap pelindung muka dianggarkan RM2 termasuk filamen PLA, PVC pelindung lut sinar PVC dan kos elektrik,” katanya pada satu kenyataan di sini.

Topeng muka terbabit dihasilkan menggunakan teknologi percetakan dengan perisian rekabentuk tiga dimensi dikendalikan Kelab Robotik dan Kelab Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan (SCCE) di bawah seliaan Prof Madya Dr Azremi Abdullah Al-Hadi.- HARAKAHDAILY 1/4/2020

- Advertisement -